Aktiviti PI Deco

22 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Aktiviti PI Deco. Objektif aktiviti ini bagi memupuk kerjasama antara peserta. Aktiviti ini diadakan selama 2 jam dengan 2 sesi iaitu sesi pertama dari jam 11 pagi hingga 12 tengahari manakala sesi ke 2 dari jam 4 hingga 5 petang. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 4 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Aktiviti ini adalah sambungan dari kelas pada 20 Julai 2019 daripapa Aktiviti Jemari Advokasi ke Aktiviti PI Deco. Hasil Jemari Advokasi dijadikan untuk hiasan Deco PI Rantau Panjang sebagai hiasan dinding.

Keseronokan peserta dapat dilihat dalam aktiviti ini kerana hasil dari Jemari Advokasi dapat dilihat menjadi PI Deco. Semua peserta berasa seronok apabila Jemari Avokasi mereka dihias cantik sebagai hiasan dinding PI Rantau Panjang. PI Rantau Panjang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan penuh kepada peserta atas padu sepanjang 2 aktiviti ini diadakan dan mengharapkan kerjasama diantara peserta ini terus dikekalkan bagi memupuk semangat kerjasama dan saling membantu para peserta.

# TERIMA KASIH

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali